^..^ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ^..^ ^..^

Paparan Myguru

UNTUK PAPARAN TERPERINCI MELALUI PENGGUNAAN MYGURU SILA KLIK

DI SINI

Klik untuk menghentikan muzik

sila klik untuk menghentikan muzik

Monday 12 December 2011

RPH (PEMULIHAN KHAS)

Kelas Pemulihan Khas memerlukan perancangan dan susun atur pendekatan dan teknik yang berbeza dari kelas perdana. Ia juga memerlukan pendekatan yang berbeza dengan kelas Pendidikan Khas. Rancangan Pengajaran Pemulihan Khas harus dibuat berdasarkan kebolehan murid yang pelbagai. Pada kebiasaannya, RPH Pemulihan Khas dibuat berdasarkan kumpulan seperti contoh berikut:-

RANCANGAN PENGAJARAN KELAS PEMULIHAN KHAS
NAMA GURU            : LIM AH KAI                                                   
TARIKH                     : 9.9.2011
MATAPELAJAR        : BAHASA MALAYSIA                   
HARI                         : JUMAAT
KELAS                      : 2 TEKUN                                                         
BIL. MURID             : 5 ORANG
MASA                       : 9.00-10. PAGI                                                     
UMUR                      : 8 TAHUN


KUMPULAN
WAJA
SAGA
NAMA MURID
AHMAD LATIF
GILBERT SETIN
RAMIAH BIKUL
AMINAH SAIDI
RANDIA JOHN
KEMAHIRAN
Perkataan KVKV
Perkataan VKV
OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.      Mengeja perkataan KVKV dengan betul.
2.      Memadankan perkataan KVKV dengan gambar yang betul.
Pada akhir pelajaran murid dapat:
a.      Membatangkan suku kata VKV dengan betul.
b.      Mengeja perkataan VKV dengan betul
ISI PELAJARAN
Baju, dadu, roti, sudu, lori
Alu, api, ibu, ulu, ubi
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid telah mengenal dan dapat membunyikan suku kata KV
Murid telah menguasai perkataan KVKV
PENERAPAN NILAI
Rajin dan bekerjasama
BAHAN BANTU MENGAJAR
Slaid power point (gambar dan perkataan
Kad imbasan
Kad gambar
Kad suku kata
Kad permainan Domino
(ayat dan perkataan
Lembaran kerja
KANDUNGAN
KUMPULAN WAJA
KUMPULAN SAGA

SET INDUKSI
Guru dan murid menyanyikan lagu suku kata KV sambil bertepuk tangan mengikut irama Chicken dance.

Friday 9 December 2011

UJIAN PENGAMATAN

 
ANALISIS UJIAN PENGAMATAN

Kemahiran
1. Aspek deskriminasi
1.1 Persamaan bentuk
1.2 Persamaan warna
1.3 Persamaan nombor
1.4 Persamaan huruf

2. Deskriminasi yang ganjil
2.1 Gambar yang ganjil / katagori
2.2 Gambar yang tidak serupa

3. Deskriminasi saiz
3.1 Gambar bersaiz kecil
3.2 Gambar bersaiz paling besar
3.3 Gambar bersaiz sama

Saturday 22 October 2011

Masalah Daya ingatan

Masalah yang sering kali timbul terhadap kanak-kanak pemulihan ialah masalah lemah daya ingatan. Kanak-kanak ini terpaksa melihat atau membuat perulangan terhadap sesuatu yang dilakukan atau dipelajari supaya mereka dapat mengingatinya. Walau bagaimana pun, perkara ini sangat berkait rapat dengan sikap, minat dan pengaruh emosi seseorang kanak-kanak.

Murid-murid pemulihan juga amat lemah dalam pengamatan. Mereka sangat lemah untuk menakul atau memberi tumpuan terhadap sesuatu sesi pembelajaran. Keadaan ini kadang-kala boleh menyebabkan kanak-kanak ini resah dan ada kalanya suka menganggu kanak-kanak lain.

Sunday 2 October 2011

TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS

 * Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid yang tidak menguasai kemahiran 3M (LITRASI DAN NUMARASI)

* Membantu guru-guru asas dalam hal:-
a. Mengenalpasti murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan.
b. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
c. Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan.
d. Sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya
keadaan memerlukan.
e. Berjumpa dan berbincang dengan guru, ibu bapa, doktor, pegawai kebajikan dan
pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai murid.
f. Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan.
g. menyediakan fail bagi setiap murid pemulihan yang mengandungi dokumen-dokumen
berikut:-

Thursday 29 September 2011

MASALAH BACAAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, penguasaan kemahiran membaca adalah salah satu aspek yang menjadi kayu ukur tahap keseimbangan seseorang pelajar dari segi intelek.Penguasaan suku kata terbuka KVKV adalah langkah pertama bagi murid-murid dalam penguasaan kemahiran bacaan. Mariam Buyong telah mendifinisikan membaca sebagai proses mengenal dan menterjemah symbol bertulis atau bercetak kepada bunyi-bunyi suara dan memahami makna yang terkandung dalam bahan-bahan tersebut. Membaca adala satu proses yang membolehkan seseorang memahami hasil buah fikiran orang lain.
....SEMOGA PERKONGSIAN INI MAMPU MEMBANTU ANDA....