^..^ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ^..^ ^..^

Paparan Myguru

UNTUK PAPARAN TERPERINCI MELALUI PENGGUNAAN MYGURU SILA KLIK

DI SINI

Klik untuk menghentikan muzik

sila klik untuk menghentikan muzik

Monday 12 December 2011

RPH (PEMULIHAN KHAS)

Kelas Pemulihan Khas memerlukan perancangan dan susun atur pendekatan dan teknik yang berbeza dari kelas perdana. Ia juga memerlukan pendekatan yang berbeza dengan kelas Pendidikan Khas. Rancangan Pengajaran Pemulihan Khas harus dibuat berdasarkan kebolehan murid yang pelbagai. Pada kebiasaannya, RPH Pemulihan Khas dibuat berdasarkan kumpulan seperti contoh berikut:-

RANCANGAN PENGAJARAN KELAS PEMULIHAN KHAS
NAMA GURU            : LIM AH KAI                                                   
TARIKH                     : 9.9.2011
MATAPELAJAR        : BAHASA MALAYSIA                   
HARI                         : JUMAAT
KELAS                      : 2 TEKUN                                                         
BIL. MURID             : 5 ORANG
MASA                       : 9.00-10. PAGI                                                     
UMUR                      : 8 TAHUN


KUMPULAN
WAJA
SAGA
NAMA MURID
AHMAD LATIF
GILBERT SETIN
RAMIAH BIKUL
AMINAH SAIDI
RANDIA JOHN
KEMAHIRAN
Perkataan KVKV
Perkataan VKV
OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.      Mengeja perkataan KVKV dengan betul.
2.      Memadankan perkataan KVKV dengan gambar yang betul.
Pada akhir pelajaran murid dapat:
a.      Membatangkan suku kata VKV dengan betul.
b.      Mengeja perkataan VKV dengan betul
ISI PELAJARAN
Baju, dadu, roti, sudu, lori
Alu, api, ibu, ulu, ubi
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid telah mengenal dan dapat membunyikan suku kata KV
Murid telah menguasai perkataan KVKV
PENERAPAN NILAI
Rajin dan bekerjasama
BAHAN BANTU MENGAJAR
Slaid power point (gambar dan perkataan
Kad imbasan
Kad gambar
Kad suku kata
Kad permainan Domino
(ayat dan perkataan
Lembaran kerja
KANDUNGAN
KUMPULAN WAJA
KUMPULAN SAGA

SET INDUKSI
Guru dan murid menyanyikan lagu suku kata KV sambil bertepuk tangan mengikut irama Chicken dance.
LANGKAH 1
( 15 Minit)
1.      Murid menyebut nama gambar yang ditujukkan di slaid power point.
2.      Murid mengeja perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan di slaid dengan bimbingan guru.
3.      Murid membaca perkataan yang ditayangkan.
4.      Murid mengambil suku kata berdasarkan gambar yang dipilih oleh rakan dan membacanya.
1.      Murid bermain ‘Domino’ dari perkataan ‘KVKV’
a.      Gambar dan perkataan
b.      Gambar dan ayat
LANGKAH 2
(15 Minit)

Latihan
1.      Murid membuat latihan bertulis
a.      Memadankan gambar dengan perkataan
b.      Menulis perkataan berdasarkan gambar
2.      Murid membuat latihan di komputer
Pengajaran
1.      Murid menyebut nama gambar yang ditunjukkan di slaid power point.
2.      Murid mengeja perkataan berdasarkan gambar dengan bimbiungan guru.
3.      Murid membunyikan suku kata yang dieja oleh guru.
4.      Murid membaca perkataan:
Api, alu, ibu, ulu, ubi
5.      Murid mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar yang dipilih oleh rakan.
LANGKAH 3
(15 Minit)
Permainan
1.      Murid bermain ‘DOMINO’ dari perkataan KVKV
Latihan
1.      Murid membuat latihan bertulis
a.      Memadankan gambar dengan perkataan
b.      Menulis perkataan berdasarkan gambar.
2.      Murid membuat latihan interaktif di computer.
PENUTUP
(7 Minit)
Murid menyetakan perkataan yang telah mereka pelajari.

Murid menyanyikan perkataan yang dipelajari dengan iringan muzik ‘Chicken Dance’
Guru memberikan token kepada murid yang telah menyiapkan tugasan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

....SEMOGA PERKONGSIAN INI MAMPU MEMBANTU ANDA....