^..^ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ^..^ ^..^

Paparan Myguru

UNTUK PAPARAN TERPERINCI MELALUI PENGGUNAAN MYGURU SILA KLIK

DI SINI

Klik untuk menghentikan muzik

sila klik untuk menghentikan muzik

Thursday 29 September 2011

MASALAH BACAAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, penguasaan kemahiran membaca adalah salah satu aspek yang menjadi kayu ukur tahap keseimbangan seseorang pelajar dari segi intelek.Penguasaan suku kata terbuka KVKV adalah langkah pertama bagi murid-murid dalam penguasaan kemahiran bacaan. Mariam Buyong telah mendifinisikan membaca sebagai proses mengenal dan menterjemah symbol bertulis atau bercetak kepada bunyi-bunyi suara dan memahami makna yang terkandung dalam bahan-bahan tersebut. Membaca adala satu proses yang membolehkan seseorang memahami hasil buah fikiran orang lain.

Sebagaimana kita semua maklum, murid-murid tahap satu adalah murid yang belum mencapai penguasaan dalam penguasaan kemahiran asas bacaan.Salah satunya adalah masalah penguasaan kemahiran perkataan KVKV iaitu perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.Kegagalan muri-murid Linus menguasai kemahiran asas ini menyebabkan perkembangan penguasaan kemahiran yang lebih tinggi terbantut dan seterusnya menyebabkan murid-murid tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mentakul.Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran KVKV akak menyebabkan mereka tidak berupaya membaca atau menulis ayat asas.Pengkaji juga mengambil kira tentang keluhan guru-guru yang mengajar di kelas perdana mengenai murid-murid yang ketinggalan dalam menguasai kemahiran asas KVKV ini.
Berdasarkan matlamat KSSR, melalui program LINUS, menjelang tahun 2013, semua murid normal atau bukan OKU harus menguasai kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan mentakul. Walau bagaimanapun, sekiranya murid-murid ini gagal menguasai kemahiran suku kata terbuka pada peringkat awal, matlamat ini tidak akan tercapai. Keadaan ini akan merugikan murid-murid tersebut.

No comments:

Post a Comment

....SEMOGA PERKONGSIAN INI MAMPU MEMBANTU ANDA....