^..^ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ^..^ ^..^

Paparan Myguru

UNTUK PAPARAN TERPERINCI MELALUI PENGGUNAAN MYGURU SILA KLIK

DI SINI

Klik untuk menghentikan muzik

sila klik untuk menghentikan muzik

Sunday 18 September 2011

Pengenalan

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di
sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran
iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan
satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan
memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya
dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran
pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti
murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M. Seterusnya
pihak sekolah berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi
mengatasi masalah penguasaan asas 3M. Sebagai kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
Untuk bacaan lanjut sila klik di sini
(Sumber : Garis panduan Pelaksanaan Pemulihan Khas, Edisi Percubaan 2008)

No comments:

Post a Comment

....SEMOGA PERKONGSIAN INI MAMPU MEMBANTU ANDA....