^..^ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ^..^ ^..^

Paparan Myguru

UNTUK PAPARAN TERPERINCI MELALUI PENGGUNAAN MYGURU SILA KLIK

DI SINI

Klik untuk menghentikan muzik

sila klik untuk menghentikan muzik

Thursday 29 September 2011

MASALAH BACAAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, penguasaan kemahiran membaca adalah salah satu aspek yang menjadi kayu ukur tahap keseimbangan seseorang pelajar dari segi intelek.Penguasaan suku kata terbuka KVKV adalah langkah pertama bagi murid-murid dalam penguasaan kemahiran bacaan. Mariam Buyong telah mendifinisikan membaca sebagai proses mengenal dan menterjemah symbol bertulis atau bercetak kepada bunyi-bunyi suara dan memahami makna yang terkandung dalam bahan-bahan tersebut. Membaca adala satu proses yang membolehkan seseorang memahami hasil buah fikiran orang lain.

Sunday 25 September 2011

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

a.EMOSI DAN TINGKAHLAKU
. Perasaan rendah diri
. Perasaan risau
. Perasaan sedih, hiba tau duka
. Cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
. takut terhadap perkara-perkara baru
. degil dan tidak patuh peraturan
. pasif
. malas

b. SOSIAL
. Gelisah, tidak duduk diam dan menganggu rakan-rakan di kelas
. Lemah / kurang berinteraksi dengan rakan-rakan
. Gemar menghisap atau menggigit jari / kuku
. selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan
. Hyper aktif
. Tidak mahu masuk ke kelas

Friday 23 September 2011

PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN

Bagaimana Pengurusan Kelas Pemulihan?

MURID
Murid diambil dari dua kelas atau lebih bagi sesuatu darjah dan bilangan muridnya hanya 3 atau 4 orang.  
Murid diambil dari 1 Kelas dan darjah-darjah lain.
Bilangan murid tidak melebihi 15 orang.

LOKASI
Sangat bergantung kepada kemudahan sedia ada serta kemampuan sekolah.
Elakkan gangguan persekitaran.

KESESUAIAN
Keselesaan ruang dengan bilangan murid
Cahaya & udara mencukupi
Susunan fizikal selaras dengan bilangan murid

Rancangan Pelajaran Pemulihan Khas

Sunday 18 September 2011

Pengenalan

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di
sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran
iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan
satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan
memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya
dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran
pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti
murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M. Seterusnya
pihak sekolah berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi
mengatasi masalah penguasaan asas 3M. Sebagai kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
Untuk bacaan lanjut sila klik di sini
(Sumber : Garis panduan Pelaksanaan Pemulihan Khas, Edisi Percubaan 2008)
....SEMOGA PERKONGSIAN INI MAMPU MEMBANTU ANDA....